March 10, 2014

Kerjaya Sebagai Perancang Harta Islam


as-Salihin Trustee Bhd

Perancang Harta Islam Mampu Mencapai Impian Anda


Kumpulan kami memerlukan Perancang Harta Islam samada secara separa masa atau sepenuh masa bagi memperkenalkan produk-produk perancangan harta Islam kepada umat Islam khususnya orang Melayu di negara ini.

Komisyen yang lumayan sedia menunggu apabila anda komited terhadap perniagaan ini.


Mengejar Impian Anda...

Adakah anda mempunyai impian kewangan berikut?

  • Mahukan kerjaya yang menjamin masa depan anda dan keluarga?
  • Mahukan sumber pendapatan yang stabil tanpa batasan?
  • Mahukan kebebasan kewangan dan melepaskan diri dari beban kewangan?
  • Mahukan sebuah impian yang harus menjadi kenyataan?

Isu-Isu Mengenai Menceburi Perniagaan...
  • Anda tiada pengalaman berniaga,
  • Anda tiada modal perniagaan yang besar,
  • Anda tiada modal bagi menyewa pejabat,  membayar gaji pekerja dan membayar bil api, air dan sebagainya,
  • Anda tidak tahu apa perniagaan yang sesuai, cara pemasaran dan tidak pasti keberuntungannya.

As-Salihin Menawarkan Peluang Perniagaan dan Menimba Ilmu Perancangan Harta. Sila baca...



Siapa as-Salihin Trustee Bhd?

as-Salihin Trustee Bhd telah beroperasi 10 tahun lepas. Ia sebuah syarikat amanah dan menjalankan perkhidmatan perancangan harta Islam dan pentadbiran harta pusaka yang terbesar di Malaysia.

1. Produk Yang Diperlukan Umat Islam

As-Salihin menawarkan produk perancangan harta yang diperlukan umat Islam iaitu wasiat, wasiat wakaf, perjanjian harta sepencarian, pri-hibah, amanah insurans, amanah wasiat, amanah hayat dan pengurusan harta pusaka si mati.

Anda dapat menawarkan produk ini kepada pelanggan mengikut keutamaan mereka.


2. Pasaran Yang Luas

Mungkin tak sampai 5% penduduk Islam yang mempunyai wasiat, deklarasi harta sepencarian dan hibah. Ini belum termasuk amanah insurans dan amanah hayat. 

Ini tentu peluang perniagaan yang baik kepada anda.


3. Produk Tanpa Barangan

As-Salihin tidak menjual sabun, pencuci muka dan produk makanan. Sebaliknya, as-Salihin menyediakan produk perkhidmatan yang pada asasnya ialah dokumen wasiat, dokumen perjanjian harta sepencarian, dokumen pri hibah dan sebagainya.

Jadi tidak ada kos barangan dan ia bermakna tidak memerlukan modal besar dalam perniagaan ini.

Kos yang perlu ditanggung ialah kos perjalanan bagi berjumpa pelanggan dan bil telefon dan internet bagi berhubung dengan pelanggan.

4. Bisnes Yang Menguntungkan

Secara purata keuntungan bagi setiap perkhidmatan yang dijual adalah antara 35%-40%. Setiap wasiat yang diambil oleh seorang klien berharga RM1,200-RM1,500. 

Katakan RM1,400, ini bermakna keuntungan atau komisyen yang dibayar oleh as-Salihin Trustee Bhd adalah RM490 (andaikan komisyen 35%).

Tiada had untuk menjana pendapatan, asalkan anda rajin dan sabar.


5. Membentuk Empayar Perniagaan

Anda berpeluang membentuk rangkaian perniagaan. Ini kerana anda berpeluang membentuk dua lapisan rakan perniagaan. Lapisan pertama anda boleh mendapat overriding 8% dan lapisan kedua 4%.

Anda juga berpeluang mendapat lain-lain insentif jualan kumpulan atau persendirian yang ditawarkan oleh syarikat serta hadiah melancong ke luar negara apabila mencapai sasaran jualan tahunan yang ditetapkan.

6. Risiko Perniagaan Yang Rendah

Perniagaan ini hanya secara tunai, tidak ada pelaburan modal, tidak ada stok barangan, jadi apakah risiko yang anda hadapi? Jawapannya: tiada risiko.

Risiko yang hadapi hanya terlepas peluang keemasan daripada perniagaan ini. Anda mungkin terlepas memperkenalkan produk ini kepada adik-beradik dan saudara mara kerana anda tidak menyertai perniagaan ini.

Syarat-Syarat Menyertai Perniagaan ini

1. Anda mesti mempunyai impian besar

Tanpa impian perniagaan ini akan gagal. Impian besar adalah rahsia kejayaan. Ia menjadi motivasi asli bagi terus berjaya dalam perniagaan ini. 

Anda tidak layak menyertai perniagaan ini jika tiada impian.


2. Menghadiri kursus selama tiga hari

Anda dikehendaki menjalani kursus 3 hari di Ibu Pejabat as-Salihin dengan pelaburan RM420. Selepas tamat kursus anda boleh memulakan perniagaan ini.

3. Disiplin Diri Yang Tinggi

Anda dikehendaki mempunyai disiplin yang tinggi bagi menyertai perniagaan dengann as-Salihin. Ini termasuklah kesabaran, tabah, rajin berjumpa prosepek, rajin bertanya dan sentiasa berhubung dengan ketua kumpulan bagi mendapat nasihat perniagaan.

Jika anda bersetuju, anda bolehlah menyertai kumpulan saya dengan menghubungi saya seperti berikut:



Abd Rahaman Rasid

013 366 1242
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Bhd
Kelana Jaya, Selangor


November 13, 2011

Lengkapkan Unit Amanah dan Takaful Dengan Wasiat

 Proses pengumpulan harta dan perlindungan harta tidak lengkap tanpa merancang pembahagian harta

Kerjaya sebagai agen takaful, insurans dan unit amanah tidak lengkap tanpa melibatkan diri sebagai Perancang Harta Islam yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad. Ini kerana unit amanah berkait dengan pengumpulan harta, takaful berkait dengan perlindungan harta TETAPI bab pembahagian harta dilupakan. 

Bab pembahagian harta kerap dilupakan kerana seseorang beranggapan ia boleh dibahagikan semasa hidup. Tetapi tiada siapa yang tahu akan ajal masing-masing. Apabila mati, maka berlakulah perebutan harta, harta tidak dapat diagihkan kepada waris, dan kesannya harta terbiar, simpanan terbiar, wang KWSP terbiar dan simpanan Tabung Haji terbiar. Kerajaan dan bank juga yang untung kerana dapat menggunakan sebagai wang pusingan perniagaan.

Oleh kerana kesan kematian akan menyebabkan pembekuan harta, maka adalah penting bagi kita merancang pembahagian harta semasa hidup supaya proses pembahagian harta kepada waris-waris akan berjalan dengan lancar selepas kematian pemilik harta. Perkhidmatan pembahagian harta ialah wasiat, pra-hibah, dokumen harta sepencarian dan amanah. 

As-Salihin adalah sebuah syarikat amanah yang menawarkan produk pembahagian harta kepada orang Islam sahaja.

Adalah dinasehatkan wakil takaful, wakil insurans dan wakil amanah melengkapkan tugas mereka dengan menjadi Perancang Harta Islam. Ini membolehkan mereka menawarkan khidmat wasiat dan lain-lain produk pembahagian harta selepas pelanggan bersetuju meningkatkan nilai harta (unit amanah) dan mengambil perlindungan harta (takaful). 

Sekiranya wakil insurans dan unit amanah tidak menawarkan perkhidmatan wasiat dan produk pembahagian harta, maka orang lain akan menawarkan khidmat wasiat dan lain-lain perkhidmatan kepada pelanggan yang telah mengambil unit amanah dan takaful itu. Jadi ini satu kerugian perniagaan kepada wakil unit amanah dan wakil takaful tadi. 

Orang kata buatlah perniagaan 'dua dalam satu' iaitu menawarkan pakej khidmat unit amanah, khidmat takaful dan insurans dengan khidmat pembahagian harta (wasiat, pra-hibah, amanah dan harta sepencarian).

Semoga sukses sebagai Perancang Harta Islam dalam erti kata yang sebenarnya.


Disediakan oleh:

Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)
Email: abdrahaman@gmail.com
Perancang Harta Islam
As-Salihin Trustee Bhd

Nota: Sila hubungi Abd Rahaman Rasid bagi menjadi Perancang Harta Islam secara part-time atau sepenuh masa.

November 7, 2010

Kita Memerlukan Ramai Perancang Harta Islam

Gunakan Lima Perkara Sebelum Lima Perkara

Jika orang Barat sibuk dengan perancangan kewangannya (financial planning), mengapa kita orang Islam tidak pula sibuk dengan kaedah perancangan Islamnya? Apa kurangnya kita sebagai orang Islam mengenengahkan konsep betapa pentingnya sistem perancangan Islam?

Kepentingan kepada konsep perancangan dalam Islam telah pun lama wujud iaitu seperti maksud hadis berikut:

"Gunakan lima perkara sebelum lima perkara; masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati".

Mengenai perancangan pembahagian harta seseorang Islam, ia dituntut dalam Islam, iaitu berdasarkan Al-Quran:

Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertakwa (Al Baqarah: 180).

Al-Quran juga mementingkan perancangan yang berbentuk wasiat, iaitu berdasarkan kepada firman Tuhan:

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris daripada yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang makruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah: 240).

Kepentingan wasiat juga dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas bahawa Rasullah bersabda:

Sesungguhnya meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta manusia.



June 12, 2010

Bagaimana Perancang Harta Membantu Anda?

Sepasang suami isteri berjumpa saudara dan ingin mendapatkan nasihat mengenai perancangan pembahagian harta. Berikut adalah isu-isu yang memerlukan anda menilai dan memberi cadangan.

Maklumat

Suami-isteri ini berumur dalam lengkongan 50-an dan mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 20-an dan sudah berkahwin, dan telah pun mempunyai seorang cahaya mata perempuan berumur satu tahun. Suami tidak mempunyai ibu-bapa dan ada dua adik lelaki dan dua adik perempuan.

Pasangan ini tinggal di sebuah rumah berkembar dua tingkat dan pada masa ini rumah tersebut tiada sebarang hutang lagi. Rumah tersebut atas nama suami.

Persoalan dan Isu

>> Isteri bimbang jika berlaku sesuatu atas suaminya khususnya kematian, maka isteri bimbang masa hadapannya akan terjejas. Ini kerana berdasarkan hukum faraid, hak isteri adalah satu perlapan sahaja ke atas rumah itu, manakala anak perempuannya akan mendapat setengah (setelah ditolah satu perlapan), manakala bakinya akan dibahagikan kepada adik beradik lelaki dan perempuan kepada suaminya.

Jadi isteri mahu mempastikan beliau mempunyai hak ke atas rumah itu sekiranya suami meninggal dunia.

Suami pula bersetuju menyerahkan 100% rumah itu kepada isteri sekiranya beliau meninggal dahulu. Jadi beliau bersedia menulis surat wasiat bagi menyerahkan rumah itu kepada isterinya.

Bagaimanapun, isteri melihat surat wasiat suami itu ada risikonya. Sekiranya waris suami iaitu adik lelaki dan adik perempuan menentang, maka ia akan berbalik kepada hukum faraid dan isteri akan mendapat satu perlapan juga. Jadi surat wasiat tidak dapat mempastikan hak isteri selamat.

Bagi mempastikan isteri mendapatkan rumah itu apabila suami meninggal, suami bersedia menggunakan instrumen pra-hibah yang ditawarkan oleh syarikat as-Salihin.

Pra-hibah ialah dokumen yang dibuat oleh suami yang menyerahkan harta oleh suami itu kepada isteri, dan hanya berkuatkuasa apabila suami mengalami ketidakupayaan fizikal dan mental yang kekal atau meninggal. Isteri bersetuju dengan penggunaan instrumen pra-hibah itu. Ini kerana pra-hibah adalah pemberian suami kepada isteri dan ia tidak tertakluk kepada hukum faraid dan tidak boleh ditentang oleh waris-waris suami.

Tetapi, bagi suami, pra-hibah ada risiko kepada suami sekiranya isteri meninggal dunia terlebih dahulu. Ini kerana berdasarkan peraturan as-Salihin, pra-hibah tidak boleh ditarik balik dan pra-hibah tidak boleh bersyarat. Ini bermakna, apabila isteri meninggal dunia dahulu daripada suami, harta pra-hibah itu sudah menjadi harta pusaka isteri. Keadaan ini tentulah tidak boleh diterima oleh suami sedangkan beliau masih hidup.

Bagaimanapun, instrumen harta pencarian boleh memenuhi kehendak suami bagi mempastikan kedudukannya sebagai pemilik harta tidak akan terjejas selagi beliau masih hidup.

Melalui harta sepencarian, suami boleh menyerahkan 50% daripada rumah itu kepada isterinya dan ia berkuatkuasa serta merta dari tarikh perjanjian antara suami-isteri. Ini bermakna suami-isteri sudah boleh menarik nafas panjang.

Pada pandangan suami, beliau sudah menyerahkan 50% daripada rumah kepada isteri. Jadi apabila beliau meninggal, 50% harta sudah pun berada di tangan isteri yang dikasihinya itu tanpa tertakluk kepada hukum faraid.

Bagi isteri, beliau tidak akan terasa kehilangan tempat kediaman selepas suami meninggal dunia, kerana dengan perjanjian harta sepencarian beliau sudah pun memiliki 50% daripada hidup.

Soalannya ialah seperti berikut:
(i) apa akan terjadi kepada baki harta rumah 50% milik suami apabila suami meninggal dunia?

(ii) apa akan terjadi kepada baki harta rumah 50% milik isteri(mengikut harta sepencarian) apabila isteri meninggal dunia terlebih dahulu daripada suami?

Nasehat yang dicadangkan kepada pasangan itu ialah, suami-isteri akan membuat surat wasiat, satu untuk suami dan satu untuk isteri.

Bagi suami, ia boleh mewasiatkan baki harta 50% itu kepada isteri sekiranya suami meninggal dunia. Suami boleh menambahkan klausa, iaitu sekiranya isterinya meninggal dunia dahulu daripada suami, suami boleh meminda wasiat kemudian atau menambahkan klausa pada surat wasiat asal iaitu mewasiatkan harta itu kepada anak tunggalnya.

Bagi isteri, ia boleh menwasiatkan harta 50% itu (harta sepencarian) kepada suamibya balik atau kepada anak tunggalnya sekiranya isteri meninggal dunia. Tapi besar kemungkinan, isteri akan mewasiatkan kepada anak tunggalnya itu.

Berdasarkan senario di atas, suami, isteri dan anak berada dalam keadaan menang-menang (win-win situation).

Cadangan Kepada Pasangan Suami-isteri

Suami-isteri akan menyempurnakan 3 dokumen yang berkaitan dengan perancangan harta, iaitu:

Pertama: Suami-isteri menandatangani Perjanjian Harta Sepencarian. Suami bersetuju menyerahkan 50% hak milik rumah itu kepada isteri dan isteri bersetuju menerimanya.

Kedua: Suami akan menulis surat wasiat. Suami bersetuju menwasiatkan 50% baki harta (Selepas ditolak harta sepencarian) kepada isteri. Sekiranya isteri meninggal, bahagian harta isteri itu akan diwasiatkan kepada anaknya.

Ketiga: Isteri akan menulis surat wasiat. Isteri bersetuju mewasiatkan harta (harta sepencarian) itu kepada anak apabila beliau meninggal.


Hakmilik Abd Rahaman Rasid. Tidak boleh disalin atau dipinda tanpa kebenaran pemilik.

Abd Rahaman Rasid (013 366 1242)

February 26, 2010

Jadilah Perancang Harta Islam as-Salihin Trustee Bhd

Peluang Perniagaan Sebagai Perancang Harta Islam



Syarikat As-Salihin Trustee Berhad sebagai sebagai syarikat amanah yang terbesar dan pakar dalam hal ehwal perancangan pembahagian harta mengikut prinsip syariah Islam ingin menawarkan peluang menjadi Perancang Harta Islam.

Sekiranya anda seorang yang berminat dengan kaedah pengagihan harta mengikut prinsip Islam, seorang yang bermotivasi tinggi untuk berjaya dalam hidup, seorang yang inginkan kebebasan dalam membuat keputusan perniagaan, seorang yang ingin memajukan perniagaan secara berkumpulan, seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam membangunkan kumpulan,seorang yang mahu menjadi usahawan ternama...maka andalah yang kami cari.

Jika ada begitu teruja dengan peluang diatas hubungi saya serta merta di talian 013-366-1242 atau emailkan kepada abdrahaman@gmail.com

Berikut ialah prinsip-prinsip perniagaan yang ditawarkan oleh syarikat as-Salihin Trustee Berhad yang memenuhi kehendak seseorang usahawan:

1. Produk Diperlukan Oleh Seseorang Islam

Anda harus memilih perniagaan yang produknya diperlukan secara menyeluruh oleh orang-orang Islam. Wasiat, pra-hibah, amanah dan Deklarasi Harta Sepencarian adalah produk atau kemudahan yang diperlukan oleh semua orang Islam asalkan mereka mempunyai harta dan hutang. Ini kerana harta yang dicari, dikumpulkan, dibersihkan (melalui zakat) akhirnya akan diagihkan kepada waris, orang yang dikasihi atau badan-badan Islam (sedekah dan wakaf).

Sekiranya anda bertungkus-lumus siang-malam mengumpul harta tetapi tidak mementingkan cara harta akan dibahagikan kepada waris-waris anda, jadi apa tujuan sebenar mengumpul harta walaupun sebuah rumah kediaman?

2. Pasaran Yang Luas

Produk yang dijual hendaklah mempunyai pasaran yang luas. Produk-produk wasiat, pra-hibah dan Deklarasi Harta Sepencarian mempunyai pasaran yang luas. Pasaran produk-produk as-Salihin adalah semua orang Muslim di Malaysia. Terdapat tidak kurang 12 juta orang Islam di Malaysia dan yang mempunyai wasiat adalah 1,000 oramg. Jadi masih ramai orang Islam yang memerlukan nasihat anda.


3. Produk Tanpa Kos Pengeluaran

Antara komponen kos perniagaan ialah kos pengeluaran produk. Ini bermakna keutungan jualan produk ialah harga jualan ditolak dengan kos pengeluaran produk. Produk-produk wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian tidak ada kos pengeluaran. Produk-produk ini tidak ada kos pengeluaran. Produk-produk lain kenderaan, perabot, rumah kediaman ada kos membuatnya sebelum dijual.

Ini bermakna kos pengeluaran bagi wasiat, pra-hibah dan harta sepencarian adalah kosong. Anda mendapat 100% keuntungan daripada jualan produk tersebuat. Anda hanya berbelanja kos overhed sahaja iaitu kos perjalanan berjumpa pelanggan, kos phostet dan kos talipon sahaja.


4. Pulangan Yang Lumayan

Sekiranya satu-satu perniagaan memberi pulangan bersih setiap ringgit jualan, itu dikira sudah bagus. Produk-produk utama as-salihin iaitu surat wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian menawarkan komisyen kasar antara 35%-40% bagi setiap jualan. Setelah ditolak kos talipon, kos phostet, kos perjalanan bertemu pelanggan yang tidak lebih 5% maka keuntungan bersih setiap jualan adalah tidak kurang daripada 30%.


5. Risiko Yang Minimum

Semua perniagaan ada risiko, maka disitulah letaknya persaingan dan keuntungan. Antara risiko utama perniagaan ialah risiko pasaran, risiko operasi dan risiko kredit. Risiko pasaran merujuk kepada turun-naik harga yang menjejaskan jualan. Risiko operasi merujuk kepada kegagalan pengurusan menguruskan perniagaannya, dan risiko kredit merujuk kepada pelanggan yang tidak membayar hutang-hutang perniagaan.

Risiko pasaran, risiko operasi dan risiko pasaran produk-produk wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian adalah minimum. Produk-produk wasiat, pra-hibah dan harta sepencarian tidak tertakluk kepada turun-naik harga kerana ia tidak ada kos pengeluaran yang mempengaruhi kos jualan, tidak ada turun-naik permintaan kerana ia tidak dibuat di pasaran terbuka. Produk wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian ditawarkan kepada pelanggan secara personalised atau hubungan langsung dengan orang yang dikenali sahaja.


6. Kos Pemasaran

Kos pemasaran adalah kos terpenting perniagaan. Tanpa promosi terutamanya pengiklanan produk anda tidak dikenali ramai, dan anda sukar menjualnya. Pemasaran yang agresif boleh memakan kos pemasaran sehingga 5%-10% daripada harga jualan. Antara komponen utama kos pemasaran ialah pengiklanan di akhbar, advertisement board, promosi melalui radio dan iklan di internet.

Anda tidak perlu mengiklan kepada orang ramai kerana ia adalah tanggungjawap as-Salihin sebagai badan korporat. Jadi anda tidak menanggung kos promosi atau pengiklanan. Anda perlu memasar dan menjual sahaja dengan cara memperkenalkan kebaikan dan sumbangan kemudahan surat wasiat, pra-hibah dan deklarasi harta sepencarian kepada pelanggan anda. Anda hanya berbelanja sedikit membeli pamplet dan risalah produk kepada kawan-kawan anda.


Hubungi Saya

Sekiranya anda tertarik dengan kerjaya sebagai Perancang Harta Islam daripada syarikat as-Salihin hubungi saya seperti berikut:

Untuk nasihat lanjut sila hubungi:
Abd Rahaman Rasid (013-366-1242)
Perancang Harta Islam
as-Salihin Trustee Berhad